RSS

2012 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 7,400 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 12 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

 
Leave a comment

Posted by on January 22, 2013 in Uncategorized

 

concept of food testing, shelf-life,, including nutrition (Program 1 Azam NCWO-UKM)

Mungkin mimpi untuk kami sampai ke tahap ini… Sangat2 berterima kasih kepada Pensyarah Teman 1 Azam, NCWO, dan saintis UKM yang telah memberi penerangan mengenai nutrisi dan yang berkait..serta membawa produk kami semua masuk ke lab untuk di buat kajian nutrisi..hebat n best sekali.. :),

Dikala ini zrn tidak ikut serta kerana anak yg paling kecil Muhammad Eiz Irfan (1 thn 11 bln) berada di wad kerana pembedahan membuang cyst di leher, Dugaan buat kami sekeluarga, syukur pembedahan berjaya dan sekarang Irfan sihat seperti sediakala..Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih kepada keluarga dan rakan2 yang telah mendoakannya.

Walaubagaimanapun Zrn sempat menghantar Crunchy Choc (Csquare) kepada pihak NCWO untuk diberi penilaian dan dibawa masuk  ke lab bersama2 dengan produk rakan2 teman 1 Azam yang lain. Terima Kasih kepada K rahimah teh ( membuat perkhidmatan penghantaran) kerana sudi datang ke tempat zrn untuk mengambil dan menghantarnya.

Selepas seminggu kami dikhabarkan berita gembira dimana masing2 telah mendapat lebel dari makmal.. jangan x percaya yer jika selepas ini lihat Crunchy Choc,  Mas, kerepek K Ton, kuih2 raya, coklat K Intan, maruku,jem, acar limau ikan masin K Yam, dan banyak lagi dr program teman 1Azam mempunyai lebel nutrisi sendiri..tahniah dan terima kasih Prof Madeline Berma dan team pensyarah  1 Azam serta berbanyak terima kasih kepada Dato Faridah(NCWO) diatas segala usaha yang dilakukan.. .

* gambar dari album Prof Dr. Madelina Berma ..tq prof 🙂

 
Leave a comment

Posted by on April 2, 2012 in 1 Azam NCWO-UKM, catatan

 

Bersama Booth eWA malaysia di Karnival Anak Mersing (KAMI)

Booth kedua yang zureen ikuti untuk pasarkan produk zureengift adalah di Mersing bersama dengan ahli2 ewa yang lain. Disana kami memperkenalkan ewa dan produk2 ahli yang dikirim sama untuk dipasarkan.

Tujuan utama eWa ke Mersing adalah untuk memperkenalkan eWA kpd usahawan2 Mersing, dimana segala aktiviti dapat diterangkan secara jelas. Sambutan amatlah baik dan mereka semua menunggu kelas IT bersama ewa, walaupun sesetengah daripada mereka sudah mempunyai laman web dan blog, Mereka boleh juga membina jaringan yang amat baik diantara ahli ewa mersing dan luar Mersing.

Zureen dan rakan2 eWA sangat gembira dapat bersama2 Karnival anak Mersing ini, karnival yang begitu meriah dan mendapat sambutan luar biasa dikalangan warga Mersing. Anak2 mersing yang berada di kota turut menyertai dan pulang untuk memberi sokongan serta menziarahi ahli keluarga. Program sebegini amat bagus kerana warga yang telah berjaya dapat pulang berkongsi ilmu dan peluang bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan mereka.

Disana kami dapat menikmati makanan yang amat enak dan dijual dgn harga yang teramat murah, bayangkan bubur nasi rm1.00 sahaja, nasi dagang rm 1.50, cupcake rm2, keropok lekor super sedap rm 4 ringgit sebungkus..ada dekat 20 btg …:)  murah dan seeedap..kalau lah ada di KL hehehe. siap nasihat akak tu..minta suruh jual sekurang2nya rm 1.5-rm2.00 bubur nasi tu :), Kereta kami penuh dengan produk2 yang diborong dari sana :), termasuklah buku dr penulis terkenal eyman hykal, kerepek,keropok lekor, kek,cheese tart, dan macam2 lagi.

Jutaan Terima kasih kepada President eWa Prof.Datin Norizan Abdul Razak kerana berusaha untuk kami sampai kesana serta menyediakan kenderaan, tempat penginapan dan makan minum kami..TQ

Tq eWA dan KAMI kerana memberi peluang ini. 🙂

 
Leave a comment

Posted by on March 21, 2012 in catatan, EWA Malaysia

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Kursus Penyediaan Makanan anjuran NCWO-UKM & Booth 1 Azam di UKM

Kursus Penyediaan Makanan di Pejabat NCWO

Perkara wajib bagi pengusaha makanan adalah memgikuti kursus ini. Tq NCWO-UKM (projek 1 Azam) kerana telah menganjurkan kursus yang begitu bermanfaat untuk kami semua…

Booth 1 Azam NCWO-UKM 5-9 mac 2012

Setinggi2 ucapan terima kasih kepada Pensyarah 1 Azam, pelajar dan NCWO kerana memberi peluang kepada peserta2 1Azam untuk bersama2 membuka booth di Fakulti Ekonomi UKM baru-baru ini. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat baik dan juga ianya memberi pengalaman kepada kami. terima kasih juga kepada Ila pelajar UKM (menjual kelapa jelly), k Aziah (Mas Pecal), k Nita (katering), k Intan (kek dan coklat) , Pn Syaz, kerana telah sama2 menjaga brgn peserta dan tolong mengemas dan menyimpan produk, hari pertama sahaja zureen dapat berada disana, hari-hari yang berikutnya merekalah yg tolong menjual dan menjaganya..TERIMA KASIH kawan2. 🙂

Produk yang Zureen bawa ialah kek coklat, kek puding karamel, crunchy choc (c2), serunding for gift(dalam tin dan box) dan barley peanut candy.

Seterusnya Terima Kasih kepada pelanggan yang amat zureen hargai iaitu Prof Fuziah Kartini, Prof Aini Aman, Hedayu, n Nadia, teena, leen, nikha (clothdnz) ika(garam bukit nevgel), dan semua yang telah mengoder kek dan choc dari zureengift 🙂 tq

 
2 Comments

Posted by on March 13, 2012 in 1 Azam NCWO-UKM, catatan

 

Tags: ,

Bengkel Digital Literasi 1, 2012 EWA Malaysia

Terlebih dahulu jutaan terima kasih diucapkan kepada President EWA Malaysia iatu Prof Datin Norizan Abdul Razak dan semua ajk Ewa kerana menganjurkan bengkel ini.Alhamdulillah bengkel  berjalan dengan lancar ,dan peserta2 (lama dan baru) amat bersemangat untuk belajar membina website sendiri. Jika sebelum ini ada diantara mereka merasakan amat mustahil untuk mempunyai laman sesawang sendiri kini tidak lagi..zaman sekarang adalah zaman IT, jadi supaya tidak ketinggalan kebelakang inilah usaha yang patut dilakukan.

Kenapa perlu ada blog, website sebagai medium dalam pengiklanan perniagaan, Kerana ianya boleh dijadikan  kedai kita. Kosnya rendah dan senang untuk diselenggara, kita boleh menjual produk serta mudah dirujuk oleh pelanggan. zureen sendiri mengambil masa juga untuk mempelajarinya, dapat faham yang simple pun sudah cukup asalkan maklumat sampai, dalam pada itu InsyaAllah akan dipertingkatkan ilmu supaya dapat memperbaiki kearah yang lebih baik.. guna yang free dulu, tidak mengapa, bila sudah mampu dan berjaya bolehlah menggunakan website berbayar :). Yang penting rajin mengupdate dan masukkan maklumat terbaru. 🙂

Selain bengkel membina website, kami juga mempelajari kraf dr majalah untuk mebuat bakul2 kecil. Jika pandai menggunakan peluang, ianya boleh menghasilkan pulangan yang lumayan. banyak yang boleh dihasilkan daripada majalah lama…bakul, kotak, asalkan kita mengkreatifkan diri, pasti ada hasilnya.

Pengisian Digital Strategy oleh Pn Syarifah Raudah AlQudsi amat2 memberangsangkan minda, contoh2 penerangan yang jelas dan penggunaan perkara2 yang simple tp sebenarnya penting tetapi kita banyak tidak perasan dan tidak tahu telah di bongkarkan. (perlu ada strategi dan target yang jelas 🙂 ..(umur 38 tahun aku nak ada kilang hehe 🙂 ). Perlu ada group sokongan yang boleh menyokong dan mengkritik dengan iklas dan membangun . Walaupun kepala ada pening2 dek tidur lewat menyiapkan tempahan..semuanya hilang bilak mendengar tips dari beliau..tq sangat2.

Serta terima kasih kepada rakan2 yang telah menempah kek puding karamel, kek coklat dan coklat bar serta barley peanut candy pada hari tersebut. 🙂 tq Nik Ha(menjual produk2 untuk ibu menyusu) dari https://www.facebook.com/ClothDNZeStore , K Hajar ( nak kurus secara sihat cari akak ni  (SD II)https://www.facebook.com/pages/Passion-Creative-Malaysia/277782825625462#!/siti.ahmat ) , Pn June,Pn Maslyana, Pn Azan (zrn x pernah jumpa, kek dioder setelah melihat di fb :)), Farhana (student UKM), dan rakan2 ewa :). tq semua.

* baju2 buruk yang membalut nangka adalah dari ahli2 ewa untuk projek kitar semula baju2 buruk yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Syabas K Shari Mas :).

*kelas dan bengkel ini adalah percuma untuk ahli EWa, Jadi ianya amat membantu usahawanita yang baru nak berkecimpung dalam perniagaan dan memajukan perniagaan mereka.:)
 
Leave a comment

Posted by on February 29, 2012 in EWA Malaysia

 

Tags: , , , , ,

SSM & Akaun Bank Perniagaan

1.SSM

http://www.ssm.com.my/

Bagi rakan2 yang ada menjalankan perniagaan, walaupun sekecil mana, adalah elok dan perlu serta wajibkan diri untuk mempunyai syarikat sendiri. Kerana kita tidak tahu kita mungkin mampu ke peringkat yang lbh tinggi satu hari nnt, 🙂 dan jika dah ada syarikat sendiri..ianya menjadi mudah dan senang.

syarat2nya senang sahaja..jangan lupa bawa IC dan sudah terfikir nama apa yang hendak dijadikan nama syarikat. bayaran sebanyak RM 70 untuk permulaan dan perbaharui RM 60 setahun..boleh perbaharui untuk 5 tahun sekali gus.http://www.ssm.com.my/files/GUIDELINES%20FOR%20REGISTRATION%20OF%20NEW%20BUSINESS.pdf

panduan pendaftaran perniagaan baru:

http://www.ssm.com.my/files/GUIDELINES%20FOR%20REGISTRATION%20OF%20NEW%20BUSINESS.pdf

Zureen daftar di KL..amat cepat dan senang..(x sampai 10 minit) bangunan dia terletak berdekatan dengan KL sentral..(no blok 14)..

alamat:

Menara SSM@Sentral

No 7, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50623 Kuala Lumpur.

SSM Directory

Tel: 03-2299 4400 Fax: 03-2299 4411 Hotline: 03-22995500 E-mail : enquiry@ssm.com.my

3.1334,101.684638
2. Akaun Bank Syarikat
  1. Maybank
  • Perlu ada pencadang yang mempunyai akaun  semasa (sudah ada akaun tu setahun lebih)
  • syarat2 lain mcm biasa..IC dan isi borang sahaja

2.  CIMB

  • Perlu ada Cop syarikat
  • Pencadang
  • IC
  • borang

(dengan adanya akaun perniagaan sendiri urusan jual beli lebih terurus dan keluar masuk duit dapat diasingkan , selain itu memudahkan urusan pinjaman, dan berurusan dengan kompani2 yang memerlukan akaun syarikat untuk membuat pembayaran)

 
1 Comment

Posted by on February 24, 2012 in SSM & Akaun bank syarikat

 

Tags: ,

Kecuaian

Elakkan

Beringat

Jangan Leka

Alhamdulillah..hanya itu yang mampu ku ucapkan dan sujud syukur kerana Allah masih menjaga dan melindungi kami…Kecuaiankku itu boleh membawa kepada malapetaka yang tragis.

Malam tadi kami semua penat sbb seharian diluar dengan pelbagai urusan, lps maghrib terus baring2 kat atas..Aisha hana dan papa dah lena..Iman dan Irfan masih bermain..sehingga la Irfan nangis nak minum. Kami turun ke bawah, sekali air panas habis dan air masak pun tinggal sikit sahaja..Zurin tadah air dan didihkan..sikit saja sbb nak cepatkan..tunggu punya tunggu Irfan menangis lagi nak susu..last2 buat dgn air masak sajalah, lps minum anak2 nak naik, tarik2 tgn supaya naik.. Last2 zurin mengalah dan naik..hati terpk..aku tunggu apa ye td…dah terlupa pasal air..naik n tido sehingga pukul 6.15 pagi..buka pintu nak turun kebawah..terus terasa dan bau panas ..teringat yang didih air tu..Ya Allah berlari ke dapur dan tgk mmg saya x padamkan api..cerek dah kering kontang …tutup dan terdiam sekejap..sbb perasaan dah x keruan terpk mcm2.. kalau…kalau…

Syukur ya Allah..Terima Kasih Ya Allah..Alhamdulillah…Lindungilah hamba2 mu yang lemah  ini Ya Allah.

Ini kali kedua melibatkan air dan gas..dulu pernah didihkan air dan tinggal untuk mandi dan solat, skali anak2 panggil bau apa ni mama..bau apa ni berkali2..bila turun..tgk gas terbuka,..tapi api x de disbbkan air dari cerek melelh dan menutupi ruang batu untuk api keluar. Terus tutup gas..buka kipas…buka semua tingkap dan pintu…Syukur sangat2… Allah melindungi kami..syukur Alhamdulillah.

Pkpk balik..rasanya saya x sesuai guna cerek macam ni, mungkin cerek elektrik lagi sesuai. Dapur pula sepatutnya cari yang lbh safety ..contohnya dapur yang ada safety jika gas keluar dia stopkan  (baru tahu ada jenis tu).

serius meninggalkan kesan…

 
2 Comments

Posted by on February 24, 2012 in catatan