RSS

Macam2 Ada

08 Feb

Sudah beberapa hari tak update disini..agak sibuk dirumah dgn anak2 cuti sekolah,🙂, Ahad lepas Zureen berkesempatan menikmati makanan di restoran Lisa ,sambil2 hantar kek kat Pn Echa sempat juga hantar kerusi yang hendak dibaiki dan salin baju🙂, lama dah tersimpan dirumah..tunggu masa saja..Ahamdulillah pilihan fabrik dan harga amat berpatutan..kerusi ku tu nnt pakai kain baju dr kain Elyza nnt hihihi..Tak sabar sebenarnya sbb dah dekat setahun masing2 bergolek atas lantai sbb kerusi tempat bersantai ni lama dah rosak..Kalau kawan2 ke arah seksyen 27 boleh lah singgah di restoran LISA yang bakal memasuki wanita mingguan tidak lama lg, dan kedai perabut jati (LISA JATI) juga berada berdekatan.🙂

Pulang dari Shah Alam kami dikunjungi Pn CZ dan En Mie…Mereka dalam perjalanan ke Ipoh untuk menghadiri kenduri kahwin sedara, Tq cz, 2 biji kek karamel sekali oder🙂 harap2 sedara cz menyukainya🙂..mereka berdua muda lagi dr zureen tapi amat2 berjaya dlm bidang insuran prudential..dah dapat jadi manager..Alhamdulillah, setakat ni pelangan zureen dr bidang insuran ada 3 org, mereka berdua dan Harun Prudential dr Kelantan :)…berminat dengan insuran boleh lah hubungi mereka semua..bagus khidmat yang diberikan dan sentiasa berkhidmat untuk customer🙂

Semalam, seorang kawan datang dr jauh..Kajang🙂..Pn siti Alawiah, ini  kali ke 2 oder kek…katanya anak2nya suka dan juga kawan2 sepejabat..Alhamdulillah, Pn Siti bagi saya seorang yang sangat cekal, walau sibuk dengan kerja dipejabat, beliau juga melakukan kerja sampingan bersama BP..(beautiful premium). dan sudah menjadi salah seorang yang berjaya…syukur kpdNYa.

Malam tadi pula saya sempat menghatar kek kpd Pn Iza yang tinggal di County Home Rawang. Kami memang lama sangat2 tidak bersua..dr masing2 anak seorang..sekarang Pn Iza sudah ada 4 orang anak..masih kekal cantik, langsing dan cergas macam dulu2 lg..petuanya..waktu bersalin jaga pantang🙂 kaguuumnye.

Bila lihat kawan2..tidak kira apa jua yang mereka ceburi..Alhamdulillah mereka semua berjaya dalam bidang masing2..yang penting, ada usaha,doa dan tidak berputus ada. Sedikit sebanyak ianya dapat memotivasi dan menaikkan semangatku🙂..Allah maha kaya dan pemurah..:)

*gambar? nnt eek🙂

 
Leave a comment

Posted by on February 8, 2012 in catatan

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: