RSS

Bersama Prof.Dr Muhammad Yunus (Penerima Anugerah Nobel 2006)

Tidak terfikir oleh zrn dapat bersua dengan orang sehebat Prof Dr Muhammad Yunus, inilah kali pertama dan ianya tidak mungkin dilupakan..Berbanyak-banyak terima kasih kepada penganjur dan pensyarah UKM (pensyarah Teman 1azam) kerana sudi menjemput kami.

Kenali Prof Dr Muhammad Yunus :

http://www.grameen-info.org/index.php?option=com_content&task=view&id=329&Itemid=363

sedikit perkongsian ucapan dari beliau pada majlis yang hebat pada sabtu lepas,(daripada pertanyaan pensyarah):

Kenapa memilih wanita untuk dibantu dengan memberi bantuan pinjaman tanpa faedah. Ini adalah kerana wanita amat mementingkan kebajikan keluarga mereka dan diri sendiri adalah yang terakhir. jika lelaki rata2 mereka memikirkan diri sendiri dahullu kemudian barulah keluarga.

Pada permulaannya mereka tidak mahu menerima duit tersebut kerana seumur hidup mereka tidak pernah memegang wang, apa yang mereka minta adalah menyerahkan duit tersebut kepada suami masing-masing(tradisi).Pelajar-pelajar yang terlibat dalam mencari peniaga2 ini agak buntu kerana masalah tersebut, walaubagaimanapun mereka tidak berputus asa dan mencuba lagi sehingga ada yang mencubanya dan menerima bantuan pinjaman ini. Akhirnya apabila ada hasil dan mereka mula berjaya , wanita2 lain mula mengikuti dan berjaya mengubah kehidupan masing2.

Paling  penting kata Prof Dr Muhammad Yunus,  mereka perlu menabung dan menyimpan di bank, dan mesti memaksa diri meyimpan sekurang-kuarnagnya sekali seminggu. dengan kaedah tersebut wanita2 yang membuat pinjaman ini dapat menyimpan dengan baik. Paling membanggakan mereka semua dapat membayar balik pinjamn tersebut. Kaedah ini amat berkesan dimana wanita2 ini tidak ditindas, dapat memperbaiki ekonomi keluarga serta mempunyai keyakinan diri.

Besar  sungguh pengorbanan dan usaha beliau, dan semestinya kita patut berbangga kerana beliau adalah orang Islam pertama yang menerima anugerah tersebut.🙂 moga Allah memlimpahkan rahmat, rezeki dan kejayaan kepada Prof Dr. Muhammad Yunus didunia dan diakhirat.

kita patut bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia ini kerana banyak bantuan yang menunggu kita..apa yang perlu buat adalah usaha yang berterusan, doa dan jangan putus asa.

Terfikir apakah sumbangan ku kepada orang lain… hmm

(* Jika ada tersilap info mohon Pensyarah2 dan rakan2 bagi komen yer..tq🙂 )

 

2 responses to “Bersama Prof.Dr Muhammad Yunus (Penerima Anugerah Nobel 2006)

  1. intan barizah hamzah

    February 28, 2012 at 11:57 am

    good job zureen.selangkah lg ke depan..

     
    • zureengift

      February 28, 2012 at 2:54 pm

      Tq k Intan..doakan yer n moga kita sama2 maju🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: